Saya merapikan bagasi lagi. Dan ketika ini bukanlah sebenarnya musim cuti buat saya. Sepertimana yang  saya catatkan kelmarin, kerja tahun ini bergerak terus dengan langkah yang lelah menjelang tahun baru. Ya, saya cuba melunaskan kerja yang berbaki dan nampaknya akan berlarutan lagi ke petak takwim baru. Subhanallah. Meninggalkan rutinitas rupanya tidak juga menjadi ubat. Apalagi yang terpaksa ditinggalkan adalah resah, sengsara dan segala perihal kesakitan yang mahu sekali saya bantu redakan dengan segenap kasih dan sayang. 

Comments

Liza said…
Dipermudahkan perjalanan sdr
Anonymous said…
Benarlah gambaran saya bahawa dalam resah dan gelisah Sdr sebenarnya adalah pancaran keprihatinan, kepedulian, keikhlasan dan ketulusan Sdr terhadap manusia, makhluk dan kemanusiaan yang sering digugah. Syabas buat Sdr.
Anonymous said…
Tahniah untuk 'Bahasa Rindu Mel'
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih. Aamiin Allahumma aamiin.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kurnia Allah. Subhanallah.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Alhamdulillah syukur. Terima kasih. Bahasa Rindu Mel, bahasa yang luar biasa!