Menjelang hujung tahun juga bermakna banyak lelah yang terkumpul dan banyak kesakitan yang terhimpun. Beberapa sahabat saya terpaksa dirawat untuk penyembuhan segera. Ya, harus kebah cepat sebelum tahun baru tiba dan ia perlu dijalani  dengan sihat. Saya sebenarnya pernah tidak mahu peduli dengan tahun baru masihi. Namun rupa-rupanya di Madinah, misalnya, tahun baru hijrah juga hampir tidak bermakna apa-apa. Baru saya sedar bukan hari, minggu mahupun tahun yang menjadi perihal yang mustahak. Ternyata yang lebih bererti adalah keazaman untuk menjadi lebih baik hari ini daripada semalam. Saya fikir itu antara pelajaran saya berdiam di dalam gua kelmarin. Dan saya mahu belajar lebih banyak menjelang tahun baru kali ini. Ya, saya akan masuk gua lagi. 

Comments

Anonymous said…
Kesihatan yang baik bertahun-tahun tiba-tiba Allah uji dengan sedikit masalah kesihatan, bagi yang bersyukur benar-benar dapat dirasakan kasih sayang Allah. Betapa Allah rindukan hambaNya kembali akrab kepadaNya. Syukur dengan ujian-ujian diturunkanNya.
liza said…
Didoakan semoga sahabat Dr yang dirawat akan segera sembuh. Insya allah.
Saya harap Dr akan cepat keluar dari gua, agar lebih banyak pelajaran yang akan dikongsikan. Blog Dr. merupakan kelas online saya sejak bertahun-tahun sudah! Teruskan kuliah disini ya :-)
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ujian kesakitan yang penuh hikmah.
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih dan sangat dihargai.