Berbaki dua minggu untuk menyudahkan tahun 2018. Ternyata sekali lagi tahun yang pantas berlalu. Namun kerja-kerja tahun ini terus bersambungan menjelang tahun baru. Tahun hampir tidak ada titik putusnya seperti dahulu. Rutinitas dijalani dan bila (namun) ia akan berhenti ketika detiknya tiba. Sedang dunya terus menjadi ruang ilusi, saya mendapatkan beberapa planner untuk mahasiswa saya yang selalu mungkir dan menjadi ahli silap mata. Sulapan mereka sering menghantar saya ke gua. Dan saya mahu menguncinya sehari dua.

Comments

Liza said…
Saya fikir, hanya saya saja yang merasakan kepantasan tahun 2018.
Aduhai ....di mana- mana ada pelajar yang suka bermain sulap. Saya sering mengetip bibir menahan marah.
Anonymous said…
Sdr memiliki cara tersendiri apabila muncul kebungkaman. Berlindung dalam “gua” pun menarik juga, kerana di sana muncul ruang untuk terus merenung dan berfikir. Saya pun akan mulai mencari gua sendiri.
Mawar said…
Sdr Liza
Hati-hati!
Mawar said…
Sdr Anonymous
Nanti berikan saya alamat guanya.