Saya kehilangan lagi sahabat yang baik. Kami sering menahan ketawa sampai keluar airmata sebab gelihati. Ya, kami serasi sebab sama-sama penggeli. Selain menjadi sahabat mesyuarat di kementerian, kami banyak berbahagi perihal masakan, kosmetik, buku dan al-Qur'an. Terakhir janjinya untuk menulis di JM hingga pulang daripada ibadah haji, saya masih bertanya. Ternyata sejak pulang kesihatannya tidak menentu dan kian gawat. Saya memaksa diri membaca kembali titipannya di wa lebih sebulan lalu: barah endrometrium tahap empat sudah melarat ke hati dan paru-paru. Saya sebenarnya sedang mencari-cari foto kami, iya banyak yang lucu. Tapi segera saya sudahkan mencari kerana saya tahu nantinya saya akan menangis tak henti-henti kerana mengenang kehalusan hati dan budinya. Al fatihah tulus saya buat kekanda Rahimah Abd Hamid. Berpulangnya, menjelang Isya' tadi dirai yang di sana atas segala kebaikannya buat kami. Saya tidak berdaya memperaga fotonya yang indah. Cukup dia selamanya di sini, di dalam ini.
Comments
Al fatihah.
Al fatihah dan terima kasih.