Pantai menuju dhuha. Dia belajar melerai keterikatan. Kelmarin, dia belajar lagi tidak semua mahu menerima sanjungan yang tulus. Dia menghitung apa lagi yang bersisa di garis pantai ini.

Comments

Anonymous said…
Sdr Dr Mawar, saya percaya keengganannya menerima sanjungan kerana dia juga belajar untuk menjadi sang murba dan merendah. Seperti juga sering diasuh bahawa segala pujian dan sanjungan selayaknya hanyalah milik Sang Pencipta Yang Maha Sempurna.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya mungkin juga saya yang dungu, masih tidak sadar.