Minggu anak-anak mahasiswa menaiki pentas dan menerima ijazah lagi tahun ini. Seperti selalu yang saya tanggap, ini adalah minggu menguji kerendahan hati dan bersyukur. Adakah keterikatan kita terhadap gulungan sijil yang diterima. Atau ia adalah tamsilan yang kita harus mula memberi dan memberi terus. Berapa banyak tangan yang masih menuntut. Harus saya rasa berdosa apabila mengetahui masih ada yang meminta-minta untuk melanjutkan hidup. Pasti ada yang tidak beres dengan garis ekonomi kita. Apa yang sudah kita lakukan dengan sijil yang diterima. Ada hak mereka yang belum terpenuh. Mungkin ia ada dalam gulungan sijil itu. 

Comments

Liza said…
Sijil yang selalu dijadikan tiket untuk meneruskan kehidupan.
Sama ada kita memakin menunduk atau semakin mendabik dada dengan sijil yang diterima, ia adalah ujian.
Mudah-mudahan mahasiwa dipermudahkan, dizaman yang mencabar ini, mereka perlu kreatif dalam mencipta pekerjaan.
Anonymous said…
These are truly enormous ideas in about blogging.
You have touched some nice things here. Any way keep up wrinting.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih.
Anonymous said…
Semoga semua graduan itu terus ingat dan laksanakan segala pesan para guru mereka yang mendidik bukan sekadar bersyarah yang tidak lahir daripada sukma. Sekadar memenuhi silibus. Malang universiti kalau graduannya berhenti berbakti.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan mereka ingat pesanan kita.
Anonymous said…
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.
Mawar said…
Prof Ungu
Terima kasih masih ingat singgah.