Dalam acara Himpunan Penulis Malaysia minggu sudah, saya sempat bertemu dengan Prof Umi Kalthum Ngah, sarjana kejuruteraan yang menulis novel. Saya merakam terima kasih buatnya kerana membantu tugasan mahasiswa semester lepas. Saya teringat novel yang dihadiahkan buat saya, Hilang dan Jumpa. Begitulah saya yang kerap hilang, jumpa semula dan cepat sekali hilang lagi. Saya tidak tahu bila semuanya ini akan berakhir. Tenyata hilang, jumpa, hilang dan jumpa ini melelahkan saya yang sudah tua. Pasti sekali memerihkan juga. Semuanya tidak akan jadi begini jika saya tidak menjumpainya setelah lama menghilang tahun.
Comments
Terima kasih atas kesadaran ini.
Terima kasih.