Saya membaca tulisan Yasmin M. Ada persamaan antara kami. Keterikatan. Ya, kami mudah rasa terikat. Dan kemalangan yang berlalu selepas keterikatan itu adalah kekecewaan berulang kali. Tapi Yasmin mendahului saya dengan keyakinan bahawa kekecewaan itu sebagai satu kurnia. Kekecewaan itu adalah rahmat. Kekecewaan itu jalan mendekat. Saya fikir, saya kian menuruti jalan tersebut. Untuk itu saya kembali menyertai Yasmin M. 

Comments

Liza said…
Saya mudah terikat dan saya juga mudah merasa kecewa selepas itu. Dan saya sering membaca buku tulisan Yasmin M. untuk merawat luka itu
Mawar said…
Sdr Liza
subhanallah.
Anonymous said…
Rasa keterikatan yang berlandas kesucianNya adalah anugerah yang harus dihargai. Pastinya keterikatan yang sedemikian, penuh asuhan yang menjadikan kita tidak berasa kecewa walau apa pun natijahnya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Biarlah saya terus menyertai YM.
Meyakini bahawa kecewa itu adalah kurnia.