Saya dan sahabat al Qur'an bakal mengulang baca lagi surah di lembar hadapan. Saya teringat panduan AM untuk saya mula melakukan hafalan. Menurutnya, harus ada hasrat yang tulus antara masa saya yang sempit. Mummy pasti ada sepuluh atau lima minit sehari untuk lakukan ini. Allah. Caranya menurut AM selepas ada hasrat, adalah mengulang-ulang baca ayat yang sama. Itu saja. Ulang dan ulang, mummy. Allah ya Allah. Saya mengenang lancarnya AM membaca juz amma, al Waqiah dan al Mulk. Betapa malunya saya, si tua ini. 

Comments

Liza said…
Saya baru belajar untuk bersahabat, saya muat turun di dalam gajet yang saya ada, di Iphone dan Ipad agar mudah kami berdampingan.
Di kembara kali ini, saya membacanya di antara ruang yang ada. Sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Setiap nota saudara sangat menuntun ke jalan taat.
Mawar said…
Sdr Liza
Subhanallah.
Mawar said…
Saya lupa satu lagi pesan AM: hasrat itu turut diiringi doa. Bunyinya kurang lebih begini, ya Allah saya hendak hafal ayat-Mu ya Allah. Saya hendak kebaikan, ya Allah. (AM tambah juga, "Saya hendak masuk syurga, ya Allah.")
Liza said…
Terima kasih catatan doanya, saya akan salin di buku nota!
Anonymous said…
Pimpinan dan asuhan boleh sahaja oleh dan daripada sesiapa. Bahkan seorang anak kecil, secara langsung ataupun tidak. Sesuatu yang diutus Allah, pasti ada tujuan dan maksudnya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan..Insya-Allah. Terima kasih.