Kehilangan. Ya, banyak yang saya hilang seminggu dua ini. Fail yang patut dititip segera ke panitia persidangan yang bakal saya hadiri, tiba-tiba tidak boleh dicapai. Aneh, daripada sekian banyak fail, hanya fail yang satu itu corrupted. Subhanallah. Sekian lama tidak bergantung kepada external drive, kali ini itu tempat saya menyimpan. Sekian lama saya pandai merapikan fail di emel atau di cloud, namun kali ini itulah nasibnya. Letih. Remuk. Sedih. Mungkin sama letih, remuk, sedih dan perihnya apabila kehilangan teman yang sekian masa ada untuk bercerita. Teman yang selalu mahu mendengar kisah dungu saya. Aneh sekali apabila kita tercari-cari kepada siapa semua ini mahu dicurahkan. Sudah tidak ada lagi tempat untuk berbahagi doa malah solah. Tidak ada. Ya, semuanya sudah terbang. Persis si Putih yang sudah tidak lagi pernah datang melayah dan hinggap di jendela senja saya. Mungkin saja dia sudah bosan. Mungkin saja dia sudah lupa.
Comments
Aduhai fail yang corrupted! Bencana yang tidak dapat di jangkakan, software yang tidak stabil sering menjadi punca.
Insya-Allah. Aamiin Allahumma aamiin. Ternyata dia sangat resah dan sangat kehilangan. Sangat sendiri.
Saya sudah tidak terkata apa. Aneh, saya jadi tenang.
Insya-Allah. Aamiin Allahumma aamiin. Terima kasih.