Saya jarang sekali mahu mengulang letak foto di sini, berselang hari. Tapi yang ini amat menyihir. Saya seperti menyertai sepinya. Saya mengiringi sendirinya. Saya ikut serta rusuhnya di ranting paling hujung, sepertinya ia mahu melingkari langit yang bukan biru mahupun ungu. Dalil obsesi, saya menampal foto magis ini di cermin telefon tangan dan cermin komputer riba dan komputer di kamar kerja, di rumah juga. Biar saya terus mendengar deru dan tala dari perbukitan, dari perahu, dari banir atau sukmanya yang bisu.
Comments
Subhanallah.
Banyak yang disimpan lama.
Tetap ada dalam sukma.
Foto yang mengilhamkan; betapa agungnya kasih Tuhan!
Subhanallah!