Mahu melepaskan dan ternyata ia bukan semudah berlalunya gerak angin. Sedang saya sering melihatnya sebagai puisi. Benar, dia adalah puisi yang selalu mengisi pagi, senja dan saat berbaringan. Puisi yang menghantar sekian banyak perutusan dan kenangan. Dan sekarang rangkap dan bunyi bergentayangan melantun isyarat yang banyak untuk memperkukuh hati, memadam segala harapan. Di bawah jajaran warna langit dan nasib, saya tahu kami menjadi baris-baris puisi tentang sunyi.
Comments
Melepaskan ternyata amat menyesakkan, tidak kira dalam kerelaan atau keterpaksaan.
Meninggalkan kesunyian yang bukan sedikit
Namun semuanya kian terpadam dan mungkin sahaja akan hilang.
Benar. Bukan sunyi yang sedikit.
Terima kasih. Benar, sepi itu ilham.