Ini Farid al Din Attar. Saya menamakannya begitu sebab datangnya pada hari Jumaat. Farid atau Attar pengganti AM yang sedang berada dalam pengajian al-Qur'an. Merangkulnya sama lunak rasanya ketika AM seperti enggan melepaskan saya saat perpisahan kami di pintu maahad. Aneh juga nama Farid al Din Attar yang saya pilih, yang sebenarnya lebih masyhur dengan Sidang Unggas, Mantiq al-Tayr. Narasi pengembaraan ribuan unggas menuju puncak istana Simurgh, raja segala unggas yang hinggap di Bukit Qaf. Sedang Farid al Din Attar saya ini menginap di wilayah pantai jauh dari perbukitan atau banjaran dan kini saya cuba melindunginya. Begitulah kejadian jarak, ia memang terpisah dan terpecah. Usah ada yang mahu menafikan.
.
Comments
Ya, kasihan sekali.