Saat mahu kembali dan mengikat tali sebelum nantinya cepat pergi lagi, saya seperti mahu menurunkan baris-baris ini. Dan saya tidak fikir ia adalah puisi.

Narasi satu pekan ini
Berselang hangat
   antara rindu yang liar
   dengan hawa kota yang meresah.
Mahu membaca surat takdir 
Yang entah bagaimana
   hitungan baris
   dengung rasa
   atau penggalan kata
   mengaksarakan getar yang tak sudah.
Atau nantinya 
Kita diajak berdamai
    dengan semua
   agar berdiam.
Menikmati
   daun yang masih hijau
   bunga yang masih wangi
   satwa yang masih  bersahabat
   atau sekawanan burung yang sering mengubat.
Dan ternyata itu lebih membijakkan.


Comments

Anonymous said…
Pastinya Sdr meraih banyak ilham untuk berkarya setelah sepekan di perantauan. Berperantauan juga tentunya membuka pelbagai dimensi baru yang membentuk perspektif yang rencam. Semoga Sdr terus berbahagia kembali dalam rangkulan kasih keluarga yang sentiasa menanti pulangnya Sdr.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih ingatannya.
Liza said…
Narasi berlainan kali ini ya!
Selamat menulis puisi pula nanti
Mawar said…
Sdr Liza
Aneka narasi.
Terima kasih.