Pagi tadi saya singgah hadir acara pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan untuk peringkat kampus.  Menarik sekali Pendaftar kami membacakan puisi Kemerdekaan Itu, gubahan penyair Indonesia yang saya hormati, SDD. Kebetulan saja saya baru dititip SDD video puisi berkenaan pada tanggal 17 Ogos lalu. Saya senang membaca  pembukaan rangkap pertamanya,

Kemerdekaan itu
Anak-anak kita yang pada musim kemarau bermain layang-layang
Menarik, mengulur dan mengadunnya tanpa memasalahkan kenapa harus ada yang putus
Tanpa memperhatikan awan-awan yang suka berarak nun jauh di sana. 
Dan tak pernah terlintas dalam benak mereka untuk bertanya
Apakah langit yang merupakan kerajaan layang-layang mereka itu ada batasnya.




Comments

Unknown said…
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Dr Mawar, atas kesudian menghadiri majlis tersebut. Puisi SDD amat menyangkut seluruh strata kehidupan apabila dilihat dari sudut Kemerdekaan. Saya mendeklamasinya dengan kefahaman dari sudut pandang saya sendiri yang diharap memenuhi maksud SDD sendiri.
Mawar said…
Tuan Pendaftar
Hj Abd Razak yang dirahmati,
Terima kasih atas perhatian dan ziarah ini; peribadi saya rasa terhormat.
Tahniah atas ta'azim Tuan terhadap kesusasteraan, khasnya memilih membaca puisi sasterawan besar SDD pada acara bersejarah berkenaan. Mudah mudahan ia menjadi asuhan kepada tatausaha UKM lainnya turut bersama-sama menyertai wilayah kesusasteraan pada masa datang. Terima kasih.