Mendengar khabar gegarnya kali kedua, saya segera mengingat Kartini dan Hanafi yang saya bawakan hidup mereka dengan seluruh  cinta di pulau indah ini. Ternyata mereka sudah hampir satu dekad saya biarkan kedua-duanya di sana, di Pulau Seribu Kubah. Bagaimana putera mereka si Timoer. Bagaimana Kartini, perempuan Tanah Semenanjung yang dibawa lari hatinya oleh Hanafi, pakar ekonomi Mataram itu. Aduhai, ini kenangan intertekstual yang begitu menganjur saya untuk mengambil Merpati dan terbang lagi dari Pulau Dewata. Sengaja saya mahu nantinya menjejaki peta lama itu. Benar hampir satu dekad saya merakam Pantai Senggigi ini. Bagaimana mungkin saya memadam segalanya tentang dia, walau antara hijab, walau antara bingung, walau antara jauh daripada nyata. 

Comments

Liza said…
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan...

Mudah-mudah Allah mempermudahkan urusan saudara-saudara kita disana.
Mawar said…
Sdr Liza
Aamiin Allahumma aamiin.
Terima kasih.