Fakulti sudah mula riuh kembali bermula petang ini. Kami bakal menyambut kumpulan mahasiswa baru hujung minggu ini. Maka banyak persediaan sedang dilakukan. Mungkin juga dengan kibaran semangat Sayangi Malaysiaku, semuanya jadi meriah. Saya tidak tahu apa perasaan saya pada petang hari kemerdekaan ini. Melihat di hujung langit kampus yang masih silau dengan hangat suasana politik dan polemik, saya seperti mahu menjadi rumput dalam puisi SDD, Kemerdekaan Itu, yang tugasnya hanya tumbuh, tak soal apa pun musimnya, tak pernah bertanya mengapa ia di sana. 


Comments

Liza said…
Selamat Hari Merdeka.
Paling sukar memerdekakan diri sendiri dari nafs
Mawar said…
Sdr Liza
Ujian kemerdekaan.
Anonymous said…
Puisi SDD yang amat menyentuh. Kemerdekaan yang sebahagian kita masih mencari apa ertinya. Apa petunjuknya bahawa jiwa dan qalbu kita sudah merdeka..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya juga masih mencari.