AM selalu sedar, saya akan ucapkan ayat ini ketika suapan pertama, "sedapnya." Mummy selalu kata sedap walau tak sedap, giat AM. Saya  antara banyak orang yang sangat menghargai makanan. Antara asuhan saya kepada AM, habiskan makan. Hargai tiap yang Allah berikan. Ucap syukur selalu setiap kali di hadapan pinggan dan apalagi apabila selesai dan berasa kenyang. Saya mahu AM dan ahli rumah rasa bersyukur kerana dapat merasai nikmat makan, setiap kali suapan. Begitu agaknya nikmat makan orang yang kelaparan atau mereka  yang sukar bertemu makanan. Allah ya Allah. Saya mahu selalu menyertai perasaan orang yang sangat menanti-nanti masa makan setelah separuh hari atau seharian belum diisi rasa laparnya. Bagaimana agaknya perasaan orang yang berada di meja jamuan lebaran yang masih berlangsung di sana sini.

Comments

Anonymous said…
Budaya makan musim lebaran tidak banyak berubahnya. Sering juga berlaku pembaziran yang tentu sekali menyayat jiwa yang sentiasa bersyukur. Rupa-rupanya penghayatan syukur masih belum subur dalam pengertiannya yang sebenar dalam khalayak terbanyak.
Liza said…
Makan dan bersyukurlah dalam menikmatinya. Ramadhan yang lepas adalah sebagai latihan untuk lebih bersyukur dari sebelumnya. Lembaran bukanlah sepatutnya jadikan pesta makanan. Cukup sekadar meraikan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Harus ada yang berani merobah.
Mawar said…
Sdr Liza
Ternyata Ramadhan belum jelas mentarbiyah.