Saya selalu teruja, mahu sekali tahu apa yang orang lain rasa tentang saya. Mengapa geloranya begitu? Entah. Sehingga pernah saya ini dibilang, orang yang berpura-pura baik. Itu belum lagi saya dikatakan sombong, cerewet, kepala angin, mengada-ngada atau banyak lagi yang mendebarkan juga bunyinya. Mungkin lima atau sepuluh tahun dahulu saya akan menangis atau tidak tidur bermalam-malam menimbang-nimbang apa yang diperkatakan tentang saya. Tapi dalam usia menjelang separuh abad ini, seperti peniaga yang mahu memajukan syarikatnya, saya suka feedback; khusus ingin tahu yang buruk buruk tentang saya. Mengapa? Itu mungkin sahaja tanggapan yang tulus walau pedih. Rupa-rupanya begitulah orang rasa tentang saya. Rupa-rupanya saya ini masih tidak baik. Jauh sekali baiknya. Jauh sekali saya daripada ikhlas. Baru saya tahu, saya kononnya berbuat baik sebab mahu orang melihat saya ini mulia; sedangkan debu itu lebih ada manfaatnya. Allah, itu antara tuntunan untuk saya ke arah menjadi lebih baik. Semoga saya masih punya masa. Mudah-mudahan saya diberikan sisa kesempatan.
Comments
Setiap orang mempunyai sifat yang unik dan berbeza mengikut perjalanan hidup masing-masing. Saya juga sering dilabelkan sebagai out spoken, rebel dan ada juga yang mengatakan saya haluan kiri dan mungkin panas baran juga. Jika dahulu mungkin saya bersemua dan berdebat dengan mereka, namun kini saya hanya membiarkan sahaja, selagi ia tidak menjatuhkan maruah saya. Andai kata, ada yang mengatakan kita berpura-pura buat baik bagus juga, walau pun ianya memedihkan, tetapi sebagai latihan untuk kita bisikkan dihati lillahitaala...ya lilahitaala...kerna saya sering berkata pada hati saya sendiri..allah..saya ikhlas ya allah.. mudah-mudahan lama kelamaan saya ikhlas. Maaf komen yang panjang lebar. Saya budak baru belajar.
Terima kasih. Pokoknya saya bersyukur terus. Diperingatkan Allah dengan jalan begini juga, ternyata satu nikmat; bahawa Allah tidak melupakan. Alhamdulillah syukur.
Terima kasih.
Mudah mudahan saya dapat bertahan.
Mudah mudahan saya terus berikhlas hati.
Insya-Allah.
Terima kasih. Lillahi taala. Benar. Saya terus berusaha. Insya-Allah.