Mahasiswa semester lalu mula menghubungi saya. Sama ada gembira dan berterima kasih dengan gred yang bagus atau ada yang mengirim ikon dengan airmata kerana hampir kandas. Saya mengharap mahasiswa saya terus belajar. Mereka harus berani menerima kelemahan diri, dan sedia memperbaiki. Mereka juga harus faham, setiap usaha perlu disertai doa, keyakinan untuk berjaya dan percaya Allah mengatur setiap satunya. Saat memperolehi keputusan peperiksaan bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kertas yang bersusun gred. Memegang keputusan peperiksaan adalah menyerupai berdiri di sebuah tikungan. Sama ada kita memilih jalan syukur atau belukan ke simpang yang mengheret kita kepada keangkuhan. Benar, ia sekeping kertas yang sangat menguji keyakinan dan kepercayaan yang kita anuti selama ini.
Comments
Allah aturkan yang terbaik buat Sdr.
Alhamdulillah syukur.
Mengasihi mereka seperti anak anak sendiri; mengasihi masa lampau juga. Terima kasih.