Kembali ke labuhan sukma setelah berpergian, meletakkan bagasi yang sarat dengan lelah dan separuhnya terpenuh dengan perenungan. Berdiri di pintu, apa yang kembali harus dirangkul adalah rutinitas. Dalam pertelingkahan antara apa yang dihasratkan dengan apa yang ditadbirkan-Nya, saya mahu segera berdoa dengan seluruh bimbang dan harap. Bukankah Allah amat dekat dengan orang yang mahu selalu memperbaiki amalannya. Itu dari al A'raf yang saya tekuni beberapa hari ini. 

Comments

Liza said…
Allah ya Allah...al A’raf sangat menuntun...mudah-mudahan mengilhamkan jalan keluar, dikala dilanda pertingkahan yang amat getir ini.
Anonymous said…
Selamat kembali ke rutin kehidupan dengan semangat baru.
Mawar said…
Sdr Liza
Insya-Allah..Aamiin Allahumma aamiin.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih.
Anonymous said…
Yang menanti kepulangan penuh debar dengan getaran tanpa terfikir ada resah yang digalas bersama. Semoga ada kefahaman yang terangkul dalam pertemuan di labohan sukma.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Debar, getar dan resah yang turut termuat dalam bagasi. Menanti saat dirangkul untuk ditenteramkan kembali.