A dan A sudah kian jauh meninggalkan, menghilang tahun. Namun ingatan dan kenangan kami tidak pernah akan terpadam. Benar,  masih sering merasakan mereka ada di penjuru itu menemani saya. Walau hakikatnya, semua itu sangat jauh daripada nyata. Hanya halimunan. Hanya halusinasi. Namun, ternyata Allah Maha Mendengar setiap rintihan. Dia mahu selalu menggenapkan hasrat, kasih dan sayang hamba-Nya.  Maka Allah datangkan sahabat syurga ini buat saya. Menghampiri bakul diisi roti atau bijirin ini, mereka sangat riang dan ramah untuk singgah. Saya sangat rasa ditemani saat memasak atau minum sendirian di penjuru belakang rumah. Tidak jarang saya merasakan betapa tulusnya mereka hadir, tanpa sebarang syarat. Ketulusan yang sangat langka ditemukan dalam persahabatan lain. Bukankah kerap kita temukan yang datangnya bermusim. Datang dan perginya mengikut masa dan suasana.

Bisik AM, mummy, yang datang ini tidak sama dengan yang pergi. A dan A tidak ada gantinya. Sangat benar, nak. 
 

Comments

Liza said…
A & A tidak akan sama dengan yang datang, dimana ianya meninggalkan kesan yang amat dalam dihati sdr. Tapi kehadiran sahabat baru itu merupakan satu anugerah yang perlu dihargai seadanya....kerana setiap kehadiran ada sesuatu yang akan kita pelajari. Kita tidak perlu takut dengan kehilangan, kerana kehilangan itu bukan CINTA namanya...itu hanya kemelekatan yang menyesakkan jiwa.
Anonymous said…
Kehilangan dan kehadiran adalah istilah dan pengertian yang subur sifatnya. Dapat dibicara dan dikupas dari pelbagai perspektif. Dari dimensi sosial, psikologikal, politik malah boleh sahaja diwacana dan menarik sekali. Namun, saya dapat rasakan yang Sdr alami.
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih.
Bagi saya A dan A adalah tamsilan cinta.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sdr dapat rasakan? Sdr memahami?
Sedang saya masih belum mengenali Sdr.
Sedang saya ini sering sulit untuk memahami.