Risalah cinta yang kian mendekat dan mahu sampai ke riba. 
Benar-benarkah saya menanti sepenuh hati? 
Benarkah debar ini? Tuluskah saya meraikannya? Allah ya Allah. 

Comments

Liza said…
Mengharapkan risalah cinta ini sampai juga diriba saya. Saya merunduk hiba, agar risalah ini terus menuntun sepanjang musim. Allah..
Mawar said…
Sdr Liza
Insya-Allah. Semoga.
Anonymous said…
Ramadhan adalah risalah cinta yang semakin menghampiri. Setiap Ramadhan yang mulia saya lebih berbahagia kerana berasa amat dekat dengan sahabat Al-Quran yang sentiasa mendorong kepada kesucian.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Bersyukurnya Sdr mempunyai sahabat yang membahagiakan sebegitu rupa lewat al-Qur'an. Sedangkan saya pula tidaklah begitu bernasib baik kerana sahabat saya sering keliru, terlupa dan terpinga-pinga.