Sudah jauh saya berjalan. Pada ketika saya sangat lelah, saya berjeda. Lalu saya mencari teduhan. Sering tidak saya temukan. Dan dengan payah saya meneruskan perjalanan. Memangnya kita  ini sendiri.

Comments

Anonymous said…
Semua kita adalah dalam perjalanan. Meskipun kita sedar di sekitaran kita yang ramai, sering kita berasa bersendirian dan sepi. Bukan Sdr sahaja yang berasakan kesendirian itu, mencari perteduhan yang adakalanya tidak ditemui. Saya fikir semua insan berpengalaman yang serupa kalaupun tidak sepanjang perjalanannya.
Liza said…
Perjalanan yang jauh sesungguhnya memang kita sering sendirian. Teduhan yang ditemui, belum tentu sesuai untuk dijadikan tempat persinggahan. Teruskan perjalanan sehingga ke destinasinya yang kita belum tahu entah bila sampainya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan Sdr terus ditemani. Terima kasih.
Mawar said…
Sdr Liza
Ternyata ia memang payah. Kita teruskan atas keyakinan, Insya-Allah. Terima kasih.