Saya menekuni buku ini. Himpunan tulisan seorang pentadbir. Menariknya, penulis merupakan pentadbir yang pernah mengetuai fakulti kami beberapa tahun sewaktu saya menyiapkan ijazah ketiga. Walau tidak sempat mengikuti langgam pentadbiran beliau, saya percaya ketulusannya dalam kepimpinan, ya melalui pembacaan buku ini. Benar, dalam rakaman sari rangsang dicatat, sesebuah universiti bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penglahiran ijazah, namun yang lebih mustahak adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah. Syabas, Tuan Haji Abd Razak Hussin. 

Comments

Unknown said…
Salam takzim Yang Dihormati Dr. Mawar.
Apabila buku kecil ini disapa oleh seorang penulis mapan dan ternama seperti Dr., tentunya saya berasa amat kerdil dan tersipu malu, meskipun berasa terhormat. Hanya percubaan menulis oleh seorang yang tidak pernah diasuh untuk menjadi seorang penulis, melainkan menulis surat-surat rasmi kerajaan. Terima kasih sebesarnya kepada Dr. Mawar yang sudi membacanya.

Salam hormat,

Abd Razak Hussin
UKM
Anonymous said…
Dr Mawar,
itu namanya berjiwa akademia, jiwa menulis walau tidak terlibat dalam bidang akademik secara langsung. Tahniah Sdr Razak.
Anonymous said…
Saya seperti pernah bertemu sosok yang Sdr paparkan atau hanya deja vu. Saya berharap saya dapat memiliki buku tersebut, bertemu dan mengenali penulisnya. Walaupun beliau mengatakan hanya satu percubaan untuk menulis, namun saya fikir ada sesuatu yang melangkaui kotak fikirnya seperti tercatat pada sari rangsang yang Sdr paparkan.
Mawar said…
Tuan Haji Abd Razak
Terima kasih sedalamnya kerana sudi singgah di rumah kecil saya ini. Sangat rasa terhormat Tuan Pendaftar UKM menulis di sini. Saya usai kuliah dan memberi contoh buku Tuan, sebagai
tulisan yang baik untuk melahirkan anak muda yang bersahsiah. Jelas sekali, belajar di universiti bukan sahaja menerusi buku dan guru, tetapi seperti ujar Ibn Athaillah, terokailah hati kerana di situ adalah tempat berfikir. Sekali lagi, terima kasih Tuan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar, saya terkesan jiwa pendidiknya dalam tulisan yang dihimpunkan. Sebahagian besar pengalaman membaca buku ini, saya rasa terasuh untuk melihat sisi lain dalam kehidupan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya, beliau sekarang merupakan Pendaftar UKM, tempat saya bertugas. Buku berkenaan adalah himpunan tulisannya di akhbar yang terkait banyak perihal UKM dengan kemanusiaan secara am. Menariknya, pendekatan penulisan buku ini sedikit mengarah penceritaan. Langgam naratif yang senang sekali untuk diikuti kebanyakan khalayak. Sdr boleh mendapatkannya terus di Penerbit UKM. Buat makluman Sdr kedai buku Penerbit UKM sudah ditutup; tapaknya sekarang adalah sebuah kedai minum. Terima kasih perhatiannya.