Saat mengetik ini, fakulti kembali sunyi; dan langit petang yang keruh. Anak-anak mahasiswa berjeda barang seminggu sebelum menyambung kuliah pada minggu kelapan nanti. April merupakan sekian bulan yang sarat dengan pelbagai urusan. Tidak ada yang lebih mustahak dalam tekanan tugas selain sabar dan sabar. Sedangkan di situlah titik saya selalu kandas. Sabar saya sering dikepung takwim kerja yang rancu. Saya berasa kian disulap salah faham atau barangkali kedunguan saya yang kian bercambah dan mencapah. Semuanya jadi tidak memihak, dan membawa saya ke penjuru, mencari bangku dan kembali memujuk diri untuk mengerti. Lebih mengerti.  

Comments

Anonymous said…
Sebagai seorang intelektual seperti Sdr tentulah banyak yang berlegar di persekitaran dan meresahkan. Beruntung sekali kerana Sdr berupaya menumpahkannya menjadi karya bernilai tinggi.
Liza said…
Secangkir teh atau kopi pamas mungkin mampu memujuk diri sambil duduk di penjuru yang paling hujung.
Mungkin itu cara saya menghilangkan keresahan ketika dikelilingi takwin kerja yang sering bertindih-tindih. April oh april...
Mawar said…
Sdr Anonymous
Malangnya, tidak semua rengsa dan resah dapat dihimpun pada garis plot atau gerak watak. Mereka seperti enggan menurut perintah. Mereka ingkar, Sdr.
Mawar said…
Sdr Liza
Dipermudahkan. Semoga.
Anonymous said…
Sdr mampu menundukkan keengganan, keingkaran dan rajuk.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Insya-Allah. Pelanggaran yang sekian kali saya terjang. Perihnya mungkin tidak tertanggung. Namun saya coba. Saya akan berlari untuk jauh.
Anonymous said…
Begitulah Dr. seringkali keresahan memeluk erat. Semoga ada ruang untuk menjauh!

Dr. PBAKL 2018 nanti, ada buah tangan terbaharu dari Dr.? Kumpulan cerpen 'Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah' telah pun saya miliki setahun yang lalu.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas perhatian. Di Antara Pusam dengan Pournami (ITBM, 2017) yang terkini. Mudah-mudahan Sdr menyenanginya.