Kami memang terhijab. Saya seperti meyakini dia benar-benar wujud. Dan saya mahu duduk di bangku yang sama dengannya sekali lagi. Bercerita. Ternyata laras bahasanya sangat dipelihara dan saya rasa terhormat. Ternyata dia teman sepanjang jalan dan saya rasa sangat teduh. Dalam sekejap, saya seperti mengenalinya lama. Dalam sebentar, saya tahu dia teman yang tidak akan mahu berdusta. Di bucu belukan, sebelum saya terjaga, masih diingat pesannya, yang kami akan bertemu lagi. Aneh. Saya tidak pernah ada hasrat mahu mengulang latar dinding kabut dengan lantai halimunan itu. Tapi tidak kali ini.
Comments
Alam bunian?