yang dirindu |
Ia tidak mudah diucap
kerana tidak ada bunyi yang berupaya mengganti
Ia tidak mudah juga ditinta
kerana tidak ada aksara yang mampu mewakili
Ia tidak mudah lagi dilakar
kerana tidak ada garis yang cukup dapat menukar
Benar, ia hanya mampu mengisi dada
ia pintar menahan getar
ia sanggup membendung bingung
ia terdaya menghadap lara
walau lara itu adalah yang indah.
Comments
capahan yang jarang sempat mahu dijengah, apalagi yang mahu dimengertikan.
Sering begitu...