Sebuah kumpulan cerpen lama sahabat saya, Uthaya Sankar SB, judulnya Yang Aneh-aneh. Benar, banyak keanehan sepanjang jalan yang kita lintasi. Melihat kiri atau tengah dan penjuru tenggara yang mungkin sama sekali tidak pernah kita terfikirkan. Aneh juga hp saya yang dikatakan pintar, membawa kembali perutusan lama yang sekian tahun pernah dikirim. Anehnya, ia tidak pula dapat dipadamkan. Aneh memang. Atau saya sebenarnya yang masih tuli dengan teknologi komunikasi. Keanehan itu juga seperti baru menyedari bahawa sahabat yang sekian masa dihormati kerana jujur dan tulus, namun pada ketikanya tidak menjadi begitu. Dalam keanehan mengenangnya, saya si dungu ini belajar lagi, ternyata tidak semua kebahagiaan itu senang untuk dibahagi dengan orang lain. Ketika yang sama hp pintar saya menerima titipan tentang ikhlas pula. Maka saya diasuh lagi untuk lebih mengerti perihal yang paling sulit dalam hidup. Ya, berikhlas.
Comments
Terima kasih atas perhatiannya. Insya-Allah saya cuba berbuat yang sama.
Saya juga sedang belajar untuk berikhlas dalam mendepani sahabat yang tidak tulus.