Saya seperti selalu dan sejak dulu menerima pedoman ini: usah angkuh. Seringkas itu. Semudah itu pesannya. Dan saya tahu jalan tuntunannya menuju dua persimpangan perhentian akhir nanti. Menekuni surah Luqman kelmarin, kami menanggap yang sama akan makna kepongahan: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri ~ Dan sederhanakalah kami dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. Betapa ia sangat mendidik terus akan kerendahan hati. Ternyata ia tidak sukar hanya setiap kali mahu jadi sombong, yang diingat ialah asal usul penciptaan diri dan selanjutnya bertanyalah, apa yang dimiliki daripada semua yang ada ini. Melihatlah sesiapa sahaja dengan seluruh kasih. Dan saya juga tidak mahu jadi keldai, ya Allah.
Comments
Ramai orang di dalam kedai;
Sederhanakan suara bila berbicara,
Meninggi suara ibaratnya keldai.
Terima kasih atas tanggapan ini. Benar, tiada kita ini akan sebarang pemilikan. Allah ya Allah.
Kuih keria bersalut sira,
Kuihnya manis enak menggebu;
Segala milik-Nya tidak terkira,
Sedangkan kita hanyalah debu.
Terima kasih pantunnya. Saya memang tidak bijak membeli pantun.