Saya selalu bertembung dengan masa yang tidak memihak.  Saat saya memerlukan masa untuk duduk dan mendengar apa yang mahu saya perkatakan, ternyata dia, masa,  tidak endah atau sepertinya tidak pernah mendengar talun suara saya yang mungkin memanggilnya dalam vakum. Atau saya ini memang tidak tahu erti bersyukur.

Comments

Anonymous said…
Tuhan yang mengatur segalanya tanpa menidakkan peranan insan dalam mengusahakan sesuatu. Namun tidak semua yang diaturkan insan dicapai seperti diharapkan. Maknanya Allah yang menentukan bagaimana dan apa yang muncul. Pastinya ada sesuatu yang lebih baik sudah Tuhan sediakan di sebalik tidak berlakunya apa yang kita inginkan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Baiklah. Terima kasih.