Minggu permulaan tahun baru yang padat dengan kerja semakan markah ujian mahasiswa. Ya, bukan sedikit, ia mencecah ratusan. Penilaian manuskrip yang juga sedang menunggu giliran. Beberapa catatan yang minta diladeni juga dan segera. Hingga berasakan saya ini sangat tidak berlaku saksama terhadap banyak hak yang perlu dipenuhkan. Namun aneh, dalam melihat akan masa yang meletus letus dan menyesali betapa saya ini begitu menzalimi, satu ruang yang saya sedari memerhatikan saya untuk sekian masa. Saya diminta untuk mencari bangku. Duduk dan mendengar sepinya.  

Comments

Anonymous said…
Ada ketikanya, dalam kekalutan kehidupan, kita terlupa tentang sesuatu. Dan yang terlupakan itu pun berasa dipinggirkan. Justeru, anggaplah sahaja keterlupaan, kealpaan dan keterpinggiran ini resam dalam hidup yang pasti tidak bakal dipenuhi sepenuhnya insan biasa. Ada masanya, interaksi dipulihkan dengan penerimaan yang tulus dan seadanya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Akhirnya keterpinggiran itu merupakan sebuah pelajaran. Dengannya kita belajar untuk benar benar melepaskan apabila nanti saatnya tiba.