Mahasiswa sedang menghabiskan cuti yang berbaki kurang lebih dua minggu lagi. Sementara kami yang masih di kampus, inilah masanya dengan berderetan siri perbincangan, mesyuarat, penyelidikan, penyediaan laporan atau menulis untuk pelbagai tuntutan. Ternyata belum masanya untuk bercuti. Namun tabiat saya nanti mengambil kerehatan pada hari yang tak terduga. Di tengah minggu atau kadangkala saat kepala saya penuh dengan tarikh-tarikh yang menyeret saya masuk ke ruang kesunyian. Di situ nanti akan saya temukan sesuatu yang saya sendiri tidak pernah sangka. Mungkin sahaja saya akan bersua dengan sahabat baru atau dia yang jauhnya datang dari masa lalu yang hanya baru kini kami saling mengenali. Ya, setelah sekian masa, terhijab tahun. Sdr fikir kami terlewat, saya fikir tidak begitu. Seperti titik akhir nanti, datangnya sedetik tidak lambat mahupun tercepat. Begitu juga takdir untuk bertemu kembali atau kelak, waktunya persis, waktunya telak.
Comments
adakah maklumbalas ini untuk saya, terkait dengan catatan saya yang berkenaan?
Terima kasih.
Terima kasih.