Seperti jalan menuju teluk, tidak tahu apa yang akan kita temukan di laluan yang landai atau tiba-tiba nanti pemanduannya memacu sedikit membukit. Entah sama ada kita harus berhenti di tebing atau sahaja dibiarkan menunggu seenaknya angin kering lagi asin mengapung beraduk dengan kepentingan sendiri. Masih banyak yang tidak pandai diterka. Begitu berlapis kedunguan saya untuk selalu penuh ta'azim menerima apa juga tampang takdir mahupun surat nasib yang melayah lalu hinggap di riba.

Comments

Anonymous said…
Meskipun kita menerka apa sahaja, akhirnya yang memberi jawaban adalah Yang Maha Pencipta jua. Seperti sesuatu yang pada mulanya kita barangkali mengatakan mustahil, tanpa terduga, kekuatan datang tiba-tiba untuk kita menggapainya. Pastinya kekuatan itu sebenarnya bermula daripada keazaman kental dan kadangkala nekad yang lahir daripada sukma yang membuak.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Dukungannya yang terus mendorong juga.
Anonymous said…
Ramai anonymous yang menulis buat Dr. Mawar.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Iya. Sdr juga. Terima kasih.