Sejak kecil saya sukakan kupang. Saya sering lupa bahawa saya anak kelahiran pulau yang pasti ada keterkaitan dengan pantai, angin asin yang melekit di kulit dan hidupan karangannya yang cantik. Ya, kupang. Ia tidak kurang menyangkutkan kenangan waktu kecil yang sehingga sekarang menjadi capahan pertelingkahan bawah sedar. Berdiri di tikungan yang asing ini, saya seperti mahu berlari ke teluk atau beluk belahan tanjung mana yang mahu menerima galau yang bertimpa timpa. Atau mungkin juga tidak  ada yang dapat memahami. Atau mungkin narasi tentang kupang ini sama sekali sukar dimengerti. Ya, ia ternyata bukan hanya perihal kupang yang suka saya rapikan karang hijaunya yang berlapis tona. Ia bukan hanya tentang keenakan urat jingganya. Saya fikir ia melangkaui makna kehadiran serta kewujudan yang kian tidak berjejak.

Comments

Anonymous said…
Bila di tanah rantau, saya juga seperti Sdr, mengenang sesuatu yang silam membawa saya berada dalam lingkungan keindahan yang orang lain tidak mampu mengerti. Barangkali remeh bagi mereka tetapi amat besar maknanya buat saya. Apatah lagi tapak-tapak itu sudah tidak berjejak dan sirna ditelan rakus pembangunan katanya
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kian tidak dimengerti.
Gurindam Jiwa said…
Dimaklumkan bahawa Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 26 Disember 2017, 8 Rabi'ul Akhir 1439H, (sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau al-Madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
Mawar said…
Sdr Gurindam Jiwa
Terima kasih pemakluman ini. Akhirnya detik itu tiba juga.