Saya tidak meraikan tahun baru 2018. Saya hanya rasa terlibat kerana ia cuti umum, jika tidak saya akan meneruskan rutinitas pagi ke pejabat dan menjalankan kerja seperti selalu. Waktu itu baru saya sedar bahawa semua orang sedang bercuti. Pernah berlaku saya datang ke pejabat pada hari cuti umum dan mendapati fakulti gelap gelita. Ya, saya memang lucu. Lugu juga. Bagi Sdr yang meraikan, semoga 2018 lebih merupakan tahun kejayaan. Saya hanya mahu jadi lebih baik, walau hakikatnya saya tahu saya tidak lepas. Saya sering kandas. Oh ya, menuju tengah malam nanti, tidur saya akan dikejutkan dengan bising mercun dan gegar bunga api. Setiap tahun begitulah. Saya akan menjengah jendela kamar, mendongak ke langit malam dan kemudian menyambung lena.  

Comments

Anonymous said…
Tahun baharu yang tiba, sentiasa mengkhuatirkan saya. Selain tanggungjawab yang pelbagai yang berbeda cabarannya nanti, tahun baharu adalah isyarat yang mengingatkan bahawa usia saya kian singkat. Masa untuk berpulang kian hampir, sedang bekal yang harus dibawa belum tentu mencukupi.
Unknown said…
tdk sekadar meraikn masa yg baru namun menyedari ia brlalu..usia yg brganjak
- trm ksh teman..😊
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar, waktu pulang kita kian dekat. Banyak perihal yang harus difikirkan dengan lebih tekun mengenainya. Dan ia menuntut pengorbanan yang tulus. Selamat menjalaninya dan dirahmati.
Mawar said…
Sdr Sidi Zedic
Terima kasih. Tahun baru yang membuka pintu asuhan...