Fakulti yang kian sunyi. Jalan kampus yang sudah tidak perlu saya berlari lari dengan bas dan kenderaan mahasiswa saban pagi untuk menuju kotak letak kereta. Mahasiswa mula memasuki minggu belajar sendiri, sebelum menduduki bulan ujian sepanjang Januari. Sangat jelas riangnya bunyi unggas di luar ruang kerja saya, untuk menjadi dalil kesepian kian mengepung lembah hijau kami. Begitu juga sunyi dan sepi akan menjadi sahabat paling mengerti saat yang lain datang dan pergi seperti angin yang lewat dahan, antara kenangan dengan harapan. Saya meninjau pelbagai tugasan yang masih di meja dan folder komputer, tarikh akhirnya bersambung ke Januari. Ia berwajah sepi juga.

Comments
Begitu sepi mengajar makna kehadiran, makna kewujudan. Terima kasih.