Disember ternyata tidak lagi menjadi bulan yang dinanti-nanti untuk bercuti. Selain daripada Disember yang harus berbahagi petak takwimnya dengan Januari, dan ia sangat berlarutan panjang. Tidak seperti dahulu 31 Disember adalah garis penamat dan esoknya kita akan menumbuhkan ikrar baru. Keazaman untuk berlaku baik dalam segala hal, hampir menjadi mitos yang melucukan. Sedang kita cuba menjadi lebih baik daripada semalam (seringnya saya kandas), berlaku hampir selalu. Ia terjadi dalam beberapa ketika saat kesedaran untuk kembali menyala-nyala atau ia seperti melihat  kelibat sahabat saya si Putih (yang sudah lama perginya entah ke mana), melebarkan bukaan sayap untuk melayah. Indahnya untuk kembali. Nyamannya untuk kembali. Kesedaran ini getarnya sama ketika saya membuka halaman pertama buku catatan harian baru. Saya akan menulis dengan tinta yang jelas, semahunya dirapikan, cursive yang saya lunakkan seperti waktu di sekolah rendah saya diajar menulis sambung. Iya, saya mahu mula mencari buku catatan harian baru. Dibeli di kedai alat tulis kampus atau menunggu yang diberikan saja. Dan, iya, kesedaran itu pasti akan muncul lagi.

Comments

Anonymous said…
Catatan Sdr menginsafkan saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih kerana mengingatkan bahawa kita sentiasa diuji. Tidak sentiasa kita memenangi ujian. Seperti selalu, terus berazam untuk menjadi sebaiknya, seperti Sdr.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya harus selalu keimanan dan kewarasan mengaqali kehendak. Sdr sudah mendapatkan buku catatan harian baru?
Anonymous said…
Belum lagi Sdr.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya juga belum.