1933 - 2017

Tidak kerap saya bertemu sosok terhormat ini. Sesekali ke Utara atau bertemu dalam acara rasmi di Ibu Kota. Namun antara ziarah yang tak mungkin saya lupa, pernah saya catat dalam entri 24 Januari 2014. Antara jalan rahsia yang sering dibentangkan, hati saya dapat dibacanya dengan cermat. Jelas sebutannya, Mawar harus selalu syukur dan sabar. Saya tidak akan melupakannya, pada ketika saya sangat memerlukan tuntunan dan ketika saya seperti terlupakan sekian nikmat yang Allah kurniakan. al Fatihah buat Cikgu Shahnon, segala yang datang dari-Nya akan kembali jua pada-Nya. Semoga diampuni dan diterima di sisi-Nya. 

Comments

Anonymous said…
AlFatihah buat Allahyarham Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi namun saya mengenali keintelektualannya menerusi karya-karyanya yang menggambarkan keresahan jiwa yang menggejolak berhadapan dengan segala kepincangan, ketidakadilan dan ketaksamaan dalam masyarakatnya. Buat beliau, pemimpin dan kepemimpinan adalah dasar utama kepada corak kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Adakah pengganti Shahnon yang kita miliki di tanah ini selepas ini?
Mawar said…
Sdr Anonymous
Insya-Allah semangat Shahnon Ahmad yang selalu mahu memperjuangkan pihak murba ada dalam banyak jiwa penulis yang mewarisi.