Sangat benar, dua nikmat yang sering terlupakan adalah kesihatan dan waktu lapang. Ia dibangkitkan dalam kuliah dhuha kami. Jarang sekali kita mahu mengangkat tangan untuk mensyukuri sihatnya kita ketika itu. Mungkin sahaja ia berbunyi aneh. Namun, alangkah manisnya nikmat berterima kasih saat kita memiliki. Allah ya Allah. Tanpa Allah perlu menguji kita dengan sakit, kita masih terus mahu menyitir syukur. Perihal yang sama, saat kita dalam batas masa yang tidak ditekan dengan deadlines, kita terus menadah tangan dengan berbisik kepada Allah, ya Allah terima kasih atas masa yang diberikan ini kerana dengannya saya dapat berbuat banyak kebaikan. Aneh, bukan? Sebaliknya, lazim kita sangat-sangat memerlukan Allah melapangkan masa ketika kita dihimpit beban kerja yang tidak sudah-sudah. Alangkah kita selalu menjadi yang bersyukur, tanpa garis batas. Ya, mencintai-Nya tanpa syarat.  Allah ya Allah. 

Comments

Anonymous said…
Wajar sekali imbauan sdr untuk terus mengucap syukur dengan pelbagai anugerah yang Allah berikan. Manusia yang sering lupa dan kerugian, selayaknya imabuan sebegini diungkap selalu kepada manusia. Terima kasih kerana sering menuntun tanpa sdr sedari ada yang terkesan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya mengingatkan diri sendiri yang sudah tua dan sering lupa.
Terima kasih.