Saat mengetik ini, hujan musim yang mengguyur tanah, mulanya sangat berat kemudian saling bertukar sikap; lunak berselang hiba. Langit yang sudah kelabu, membawa sekian kali dia  menjarak walau dekat. Masa dan ruang yang merupakan antara teori kuliah kaji alam semasa mahasiswa, hampir tidak membawakan apa-apa erti lagi saat begini. Masa dan ruang yang sudah digenapkan dengan sepi. Sepertinya juga rutinitas dan formaliti melengkapkan segala menjadi sendiri. Sehinggakan Sar menyitir kepada dirinya, berusaha sebaik-baik untuk melupakan, tidak untuk melepaskan. Begitu rutinitas dan formaliti meledakkan kuasanya. 

Comments

Anonymous said…
Segala sifat dan geraklaku alam memberi makna yang tersendiri. Demikian juga hujan dan rinai. Air yang tersimbah dan yang menitis pastinya mempunyai erti tertentu kepada sesiapa yang memandang dengan pena'akulan sendiri. Begitulah jarak, biarpun jauh tetapi dekat. Ada juga yang merasakan dekat tetapi jauh kerana persis dipinggir, bergantung juga pada gejolak sukma pada saat tertentu.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kata SDD, jarak boleh dilipat...sekali lagi ia menafikan kejauhan.
Ismad said…
Sudah lama saya tidak ziarah. Syukur madih ada bicara diteratak ini.

Ismad
Mawar said…
Prof Ismad
Terima kasih masih ingat.