Dalam menjalani rutinitas, banyak perasaan sendiri yang sukar dilakar, sehingga ia memenuhkan seluruh inci dada. Menjadikannya ia satu wilayah buncah. Sering tidak jelas apa yang sedang dijalani. Suara sendiri juga sulit menyitirnya. Dan ia hampir tidak terdengarkan. Kadangkala ia menjadi cawan bancuhan warna yang tidak jelas kontur apalagi struktur makna. Semakin mahu diurai, nah, kian ia menjadi bauran yang kusut, ruwet malah. Maka tindakan yang paling bijak  adalah membawa diri ke ruang yang dapat mengamankan setiap keliru. Baris dan helai surah dari langit yang akan selalu memujuk dan selalu jujur. Ia melunakkan dan menawarkan rasa aman seperti menerima rinai di hujung jendela kamar pada detik dini.

Comments

Anonymous said…
Yang namanya perasaan, emosi dan seumpamanya adalah suatu dinamism yang sukar juga dimengerti. Tentunya ada faktor membentuk kebuncahan itu. Syukurlah kerana baris dan surah dari langit sentiasa ada untuk menuntun.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar, syukur ada dia yang selalu datang memujuk.