AM sudah sering berbohong. Dan ia sangat memerihkan saya yang mendengarnya. Dada saya akan sangat sakit dan membawa saya untuk berdiam lama. Tidak mahu ada sebarang percakapan yang hanya akan mengundang geram dan sedih saya lagi. Seperti orang yang mahu berpergian, biar kami berjarak. Saya percaya dalam berjarak itu, banyak nanti yang kami lebih mengerti dan mungkin lebih menghargai. Rasanya monolog ini sangat klise. Ia melantun-lantun. Ia seperti bola yang dipukul ke dinding, mengembalikan talun yang serupa. Atau mahu saja saya berdiri di puncak perbukitan ini, ya saya bayangkan ia adalah wilayah Miqdad. Dan ia akan segera memujuk hati tua saya.
Comments
Terima kasih. Tidak harus sebenarnya saya berjauh hati. Kerana dalam sekejap nanti rindu kami akan kembali.
Ya dan banyak dugaan lain lagi.
Terima kasih.