Siapa agaknya yang dapat menghentikan ribut taufan dalam dada apabila janji dimungkir atau dusta yang cuba disembunyi. Siapa agaknya yang dapat bertahan daripada menyelinap masuk ke penjuru gua untuk berdiam lama saat nyata jujur yang tersamar. Begitulah kita sering mahu mencari jalan tulus sedangkan tidak semua yang ditemukan adalah baris yang lurus. Kecuali satu jalan yang datang dengan seluruh lajur pujukan. Ia menghentikan taufan. Ia membikin surutnya curiga. Ia mereda guruh gelisah. Ya, dengan jalan berasa cukup. Berikhlas hati.

Comments

Anonymous said…
Ada orang yang suka berdusta atau memungkiri janji. Ada yang bertabiat begitu. Namun ada yang berpersepsi bahawa seseorang itu berdusta atau memungkiri janji dengan sengaja sedangkan dia tidak bernawaitu dan berhasrat begitu. Ini semua adalah ujian buat kita untuk sesekali belajar bersangka baik dan memahami kebarangkalian.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Justeru rasa cukup dan berikhlas hati merungkai.
Terima kasih.