Sendiri |
Minggu yang padat dan pendek, namun perjalanan yang melelahkan sekali, apalagi apabila dirasakan sangat sendiri. Segala-galanya harus siap sebelum bermula November. Dan November sendiri malah menjelang bulan hujung tahun sudah banyak yang mengisi. Subhanallah. Al-Qur'an yang saya cinta sering memujuk gundah yang selalu datang. Ya, lewat dua baris ad-Dhuha ini: Dia mendapatimu bingung lalu Dia memberikan petunjuk. Dia mendapatimu kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Allah ya Allah. Kepada siapa lagi saya mahu sandarkan segala gundah dan payah ini selain Dia ...
Comments
Ya, siapa yang mengerti.