Foto ini saya rakam dari muzium sempena kembara lalu. Saya melihatnya sebagai pejuang. Meredah gelombang. Menongkah cuaca. Berdepan dengan bongkah takdir yang  tidak diketahui ukurannya sama sekali. Banyak antara kita yang sedang berjuang. AM juga. Ujian besar UPKKnya minggu ini. Malam tadi AM mengimami solah Isya' dan hajat kami. Subhanallah. al Waqia yang lancar, menyeret saya ke ruang kesyukuran. Benar, tidak ada yang lebih mahal selain pejuang yang soleh lagi musleh. Minggu ini saya mohon ia menjadi pemula yang baik buat AM, seperti bacaan doanya yang kami aminkan. Cintanya pada al-Quran dan solah. Cintanya buat Allah dan Rasulullah.

Comments

Anonymous said…
Semoga AM menjadi anak soleh, dengan asuhan ayah ibu yang berciri kesolehan tentunya. Setiap yang dilihat pasti punya tafsir, tamsil dan iktibar. Asal sahaja dapat dilihat dengan penuh ta’akul.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Aamiin Allahumma aamiin. Terima kasih atas perhatiannya.
Masshah said…
Alhamdulillah aset keluarga dan paling mahal dan berharga. Moga menjadi genrasi yang bertaqwa!
Mawar said…
Sdr Masshah
Insya-Allah. Aamiin ya Rabb. Terima kasih.