Entah bila titik hujung saya. Beberapa hari ini banyak khabar kepulangan yang disampaikan. Beberapa sahabat kehilangan ayah. UKM, tempat saya bertugas juga kehilangan tokoh yang sangat banyak jasanya, Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid. Saya tidak sempat bertemu beliau sejak zaman mahasiwa lagi, namun nama dan budinya sangat harum. Begitulah kebaikan yang akan dikenang lama. Sering juga tanpa mengenalinya sama sekali, namun kita sangat rasa terdorong. Sedang saya, si debu ini entah apa rupa nasibnya. Gundah atau gembira, semuanya di dalam gua sendiri. Dan ya, entah bila pula titik hujung saya. Foto ini daripada sahabat pendakian saya di Paekakariki Escarpment Track. Sering membawa saya ke titik hujungnya. 

Comments

Anonymous said…
Prof Datuk Zainal Abidin Wahid, seorang pejuang tulin yang mempertaruh kepentingan peribadi demi bangsa, agama dan tanahairnya. Beliau memilih untuk tidak popular dalam mempertahankan nilai yang dipegangnya demi martabat universiti kebangsaan. Sesungguhnya kita semua berhutang sejarah kepada almarhum Prof. Datuk Zainal dan para pelopor UKM, sebuah universiti simbol kemerdekaan jiwa bangsa.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Sdr seperti amat mengenali tokoh berkenaan. Adakah Sdr juga warga UKM?