Berbahagia sekali hari ini untuk saya berbahagi kuliah tentang tsunami. Dari paparan kisah benar, novel dan filem Hafalan Shalat  Delisa Tere Liye dan puisi Lidah Tsunami A. Samad Said. Bagaimana saya menyaran mahasiswa untuk menyusun plot cerita. Mana takdir yang harus membuka tabir atau peleraiannya adalah sesuatu yang tidak terjangkakan. Melihat mata anak-anak yang ditinggalkan, ya anak-anak yang kehilangan, sering juga saya melihat bersit berani dan tabah. Persis baris Pak Samad bahawa tsunami itu lidah ombak memang tak terduga, begitulah hati yang sering sukar ditebak. Kilas kata yang payah dibaca. Atau juga hasrat yang hanya Dia tahu tulus dustanya. Melihat gelombang seteru dengan pusaran yang mendera, saya membayang dia yang ternyata jauh walau selalu ada.

Comments

Anonymous said…
Tsunami Aceh mengumpul pelbagai makna dan tafsiran. Isyarat yang dihantar juga menatijah pelbagai kesan dan hiliran riwayat kehidupan manusia dari pelbagai arah pula. Tsunami pastinya penuh pengajaran dan hikmahnya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sangat benar. Terima kasih.