Berada jauh dalam tebal awan, saya meneruskan introspeksi yang dikumpulkan beberapa hari ini. Masih debunya saya dalam soal perjuangan. Masih naifnya saya dalam narasi orang yang berjiwa besar. Ternyata saya dengan langkah lelah dan tangan kecil, mahu berbuat banyak perkara. Permulaan surah az Zumar dini ini sangat memujuk, lakukannya dengan tulus, dengan ikhlas, hanya untuk-Nya. Sejak awal saya sangat sedar kekuatan ini datang dari dia. Banyak dalam al-Qur'an menyebut tentang dia. Dan dengannya saya berikhlas hati. Ya, dia yang jauh. 

Comments

Anonymous said…
Barangkali saya juga seperti Sdr. untuk memperoleh qalbu paling bersih dan putih suci. Dalam usaha untuk bersama dalam membina ketulusan terhadap sesuatu, kita memerlukan dorongan dan tuntunan orang lain yang melangkah ke arah usaha yang sama. Saya juga kadangkala sering berasakan ketergelinciran. Justeru, saya memerlukan orang lain yang lebih ikhlas dan tulus untuk merangsang dan memimpin. Semoga Allah terus menganugerahi kekuatan buat kita semua menuju redhaNya. Saya beriltizam untuk menginfaq diri kepadaNya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan kita terus tulus. Aamiin.
Terima kasih.