Saya menemui tafsiran ini sewaktu bertadabbur tentang kisah Ibu Nabi Musa yang kebingungan saat menghanyutkan anaknya di Sungai Nil. Allah memeliharanya daripada kegelisahan. Ternyata Ibu Musa  sudah dapat mengendalikan dirinya. Sukma yang sebegini jadi tidak lekas menggelora oleh sebarang rasa duka atau suka. Itu petanda dia sudah dapat memelihara imannya. Dia sudah percaya bahawa segala yang terjadi selalu ada hubungan dengan  kehendak Allah. Maka sukma orang beriman tidak  resah gelisah akibat susah atau tidak pula  gembira beriya-iya ketika ada yang menyenangkan hatinya. Saya ternyata jauh daripada sukma yang begitu. Jauh sekali. 

Comments

Anonymous said…
Sebab itu, kita ditarbiyah untuk bersederhana dalam segala hal. Itulah manifestasi iman yang diserlah menerusi kesabaran.
Mawar said…
Sdr Anonymous
saya masih belajar untuk sabar dan syukur. Terima kasih sedalamnya.